Friday, January 21, 2011

Three Idiots


Siapa je  tak tahu kewujudan movie ni kan? Movie ni ditayangkan pada tahun 2009 tapi saya tonton akhir tahun lepas (hhuhhuh ketinggalan). Movie ni amat famous berikutan penerimaan banyak anugerah. Ramai je kekawan yang suka tengok movie ni sampai tonton lebih 5 kali pun ada. Tapi saya ada satu pendapat yang entah betul entah tidak. Macam ni,ada satu benda/konsep dalam movie ni yang amat saya tak setuju menyebabkan saya  tak boleh fikir pasal persoalan lain yang diketengahkan dalam movie ni.

Benda/konsep tersebut adalah satu ayat yang selalu disebut2 oleh Rancho iaitu nama watak yg dipegang oleh Aamir Khan dan ayat tersebut ialah "all is well". Dia selalu sebut berulang kali bila ada masalah dan percaya dengan hanya berkata demikian akan menyebabkan semuanya akan OK. Apa yang saya fikir, pegangan ni amat tak jelas. Bagi saya, saya tak kisah nak belajar and tahu pasal agama lain asalkan kita tak terpesong. Kita pun memang belajar pasal agama lain kan kat sekolah even kat universiti.

Kita sebagai orang Islam percaya yang semuanya bergantung kepada izin Allah dan agama lain pun ada Tuhan masing2 yang dipercayai oleh penganut2 nya. Jadi dalam movie Three Idiots ni tidak diceritakan apakah pegangan agama Rancho ni. Pada dia,hanya dengan berkata "all is well",semua hasratnya akan tercapai.

Saya teringin sangat nak tonton movie ni lagi sekali sebab ramai sangat yang cakap movie ni best sangat2 tapi tak tahu la bila akan terbuka balik hati saya nak tonton movie ni. Harap2 saya boleh tonton dan fokus kepada persoalan2 lain yang ada dalam movie Three Idiots ni.

No comments:

Post a Comment