Thursday, January 27, 2011

Apa Ertinya Sayang?

Hurmmmm, sayang, sesuatu yang amat subjektif kan? Apa pula maksud subjektif? Heeeeeee, rasa macam nak tendang je kan?

Bersumberkan Kamus Dewan Edisi Empat subjektif (subjéktif) bermaksud

terbit drpd atau berasaskan pandangan (perasaan dsb) orang atau pihak yg melihat atau menilai (tidak pd ciri-ciri sebenar sesuatu yg dilihat atau dinilai), melihat (menilai dll) drpd pandangan (perasaan sendiri), lwn objektif: buku-buku sejarah yg ada masih penuh dgn unsur-unsur ~ yg kurang penting; kesubjektifan keadaan yg subjektif: kita mengalami pelbagai dilema dan ~ yg ada kalanya tidak mampu mencapai nilai-nilai estetik.

Huh, ape2 tah. So, subjektif tu sebenarnya ialah pendapat atau pandangan setiap orang yang dipengaruhi oleh fikiran atau perasaan individu tersebut. Jadi, sebab itulah pandangan setiap orang terhadap sesuatu berbeza-beza. Lebih kurang macam tu lah maksudnya.

Berpatah balik kepada topik yang sebenar iaitu erti sayang. Erti sayang, macam yang saya cakap tadi, sayang amat subjektif, tak boleh ditafsirkan oleh kata-kata atau sebaris ayat sahaja. Meskipun seseorang ungkapakan kata sayang, bagi saya itu tak cukup. Sayang mestilah ditunjukkan dengan perbuatan atau tindakan yang menunjukkan individu tersebut betul-betul sayangkan kita.

Kenapa saya nak bercerita pasal sayang ni sebenarnya sebab saya fobia bila ada orang cakap yang dia sayangkan saya. Okay, untuk teruskan cerita ni, kepada yang membaca, saya nak anda jangan salah faham. Saya bukan nak berkongsi pasal sayang antara perempuan dan lelaki ataupun juga keluarga dll tapi antara sahabat. Jadi, semua tu, keluarga tak masuk eh.



Kebelakangan hati dan perasaan saya ni terguris dengan amat teruk gara-gara sahabat yang pernah mengatakan yang dia sayangkan saya. Dalam hidup, saya pernah percaya kepada dua orang sahabat sahaja yang cakap sayang kat saya. Sebab saya nampak dan tahu keikhlasannya di situ. Bagi yang tak cakap, memang lah saya tak tahu. Ada yang berkata sayang tapi tak pernah pun saya percaya kerana bagi saya sayang bukan sesuatu yang mudah dan selama saya hidup, saya hanya sayangkan diri sendiri sahaja. Betapa besarnya erti sayang bagi saya. 

Individu pertama yang saya percaya dia sayangkan saya ialah dia mengatakan sayang sedangkan saya memang tak sukakan dia cuma dia tak faham tapi bila saya ada masalah besar, dia yang ada bersama saya ketika itu. Dia yang bagi nasihat dan sokongan, saya amat berterima kasih. Jadi, saya belajar sayangi dia walaupun banyak yang saya tak setuju dengan dia.

Individu kedua, hanya Tuhan saja yang tahu betapa banyak yang dia tolong saya dan tak mugkin dapat saya balas. Masa dia cakap sayang even macam kasar sikit, saya macam nak nangis sebab rasa terharu dan percayakan dia. Tapi tanpa disangka rupanya saya masih tak faham erti sayang dari pandangan dia dan saya tak dapat terima. Dia buat saya rasa amat teruk dan tertekan hingga menjejaskan rutin harian saya. Saya amat kecewa tapi saya tak boleh salahkan dia kerana saya percaya setiap individu berbeza.



Saya dah mula fobia dengan perkataan sayang. So, please jangan cakap sayang kalau tak sayang!!! I'm begging you!

Hurm, macam tak betul je tentang dua orang je yang saya sayang. Sebenarnya ada lagi kawan-kawan yang ambil berat dan membantu masa susah cuma tak pernah ucapkan cakap sayang sampai saya rasa amat percaya dan terharu macam dua kes ni. Sayang pun ditunjukkan melalui perbuatan juga kan. Saya AMAT hargai juga kawan-kawan yang lain cuma buat masa sekarang perkataan sayang yang diucapkan tu saya nak tekankan.

No comments:

Post a Comment