Thursday, September 22, 2011

Lagho menyebabkan lupe!

Astaghfirullahalazim...
Saya amat lagho.
Semua lupa.
Apa nak jadi?
Macam mana ni?
Sob3...

I need a job, please

Hahhahaah, setelah mengangur dari pertengahan bulan 5 tapi officially dari September, sbb saya declare cuti after habis study until lepas raya, heehhehhehe...So, apa die? Ok, saya memang tak de kerja now.



Sebab dah biasa kita dengar MENGANGGUR, saya menerbitkan istilah sendiri iaitu MENGEPAL. Hahhahah, suka hati. Dengan kepelikan tersebut and tak fikir pun, saya dengan buang tabiat nya telah create satu page di FB dgn title "Orang lain tanam anggur, saya tanam epal"..

Seriously, senget, hahhaaha. So, the first post on the wall of the page is.. cara nak apply as lecturer kat politeknik.

Ada 2 steps je (tipu, heee)



3. Dan langkah2 seterusnya.

Selamat mencuba! :)


Korean Music Wave 2011


Kan kan kan.... *pesal tah*
Kekekkekeke
Happy semacam nak cerita pasal ni.
Dulu kan kuciwa giler tak dapat pergi SS3.
Kali ni gumbira giler hati ni.
Walaupun tengah sesak jugak, saya dan seorang rakan gagahkan jugak pergi Korean Music Wave ni.
Venue nya adalah Stadium Merdeka pada 24 September 2011.
Saya amat excited sampai countdown tiap2 hari kat FB, heeeeee.
Sape datang? Nape happy sangat? Haaaaa
FT Island!!!!!!
Mereka la yang paling penting!
Tanpa teragak-agak saya beli itu tiket!

FT Island : Hongki, Seunghyun, Minhwan, Jaejin & Jonghun comel saya,  weeee

Artis lain yang datang; GD & TOP, Seungri, UKISS (weehooooo), Teen Top, Park Jung Min dan juga 4 Minute.
Sampai da hafal list ni, hehehhe
Doa saya : Moga jalan lancar and HOPEFULLY HYUNA TAK KAN PERFORM HER SOLO TRACKS. 
Tak suke die, nyampah, ughhh
Ok, sabar, insyaAllah tak nye kan?
Ramai performers ni, jangan bagi die ruang, please.
Saya mahu bergumbira hari itu.
Nasib baik saya suka some of latest tracks from UKISS.
Yeay yeay ada Kevin & Eli!
Walaupun Xander & Kibum da tak de.
Sob3 :(
Eh, takpe2. Happy balik!
Yippieee!!!!

Wednesday, September 21, 2011

Status FB orang

 " God will never take anything away from you without giving you something so much better. "
Betul eh? Hmm..saya tak tahu or yakin lagi dengan something so much better tu. 


Tuesday, September 20, 2011

Nak cerita jugak!

Nak dijadikan cerita,ni first time saya tak berada di hanya satu tempat dalam masa yag lama. Luas pemandangan sekejap,heee.

Ceritanya bermula bila saya meninggalkan Kondo Kristal di Seksyen 7, Shah Alam. Terima kasih kat Naz, Salwa, Intan and Ira yg sudi bg saya tumpang bilik dari Ahad sampai Jumaat (nak dekat semiggu tuu).

Hoish, ni blok mane? Nape tak penah nampak itu pool? Bukan skali dua saya berkampung di sini..

Petang Jumaat bermula la perjalanan saya ke Seremban untuk bertemu teman lama yang memang da lama tak jumpa, 2 tahun da kot tak jumpa, lama kan? Tapi sebab kitorang salu contact; texting and calling, so bile jumpa tak rasa cam lama tak jumpa pun, hoho pape jela. Nak ke Seremban tu, saya call taxi untuk bergerak dari kristal ke commuter station kat Padang Jawa (hee,1st time naik kat pdg jawa). Punye la mahal itu tambang walaupun jarak nya sgt dekat, RM 8 nah kauu! tapi da bese naik taxi, da paham da. Terima kasih TAXI!

Sampai je kat station tersebut, terus beli tiket ke Seremban, da siap tanya pak cik Google awal2 harga tiketnya. Pak cik Google cakap RM 7.80. Ok! Lg murah dr tambang taxi td, ish3. Tunggu la ketibaan itu train, tak ingat bape lame. Bila dia sampai, saya pun masuk la koc wanita (ada jugak la laki lam koc tu). Sebab saya lembap n beg yang berat mcm batu, tak sempat la nak rebut tempat duduk, berdiri la kau sampai KL Sentral. Dah la td kat station pun berdiri menunggu. 

Setibanya di KL Sentral, sekali lg pengalaman pertama tukar train (1st time lg! tula len kali byk berjln sket. yg adventurous nye byk mende 1st time buat sendiri, adui). Ramai orang! Saya berdiri, penat berdiri saya duduk, tak senang duduk, saya berdiri lg. Train sampai! Cam biasa, kalah lagi, train da cam ikan sardin dalam tin, saya try jugak masuk. Hmm, tak nak la naik train ni, takut pintu die yak leh tutup sbb bag pack sy yg cm bola sbb dlm dia ada bantal busuk, hoho. Saya pun keluar balik. Saya duduk, saya tunggu.

Tungu, tunggu, train pun sampai, tak ramai orang pun saya kalah lagi. Berdiri lagi dan lagi. Lama gak berdiri, tak sedar sampai station mana baru dapat duduk. Setelah saya da berselesa selesaan, pakai earphone, dgr lagu, pejam mata, sengguk2, tetiba di station Bangi, dengar announcement through speaker mengatakan Bangi station terakhir bg train tersebut, terpinga2 sekejap then buat tak tahu bile penumpang lain pun buat tak tahu tapi tak ramai dlm train masa tu.

Tiba2, datang la seorang adik ni bertanya kpd saya, "Akak, train ni ke Seremban kan? Kenapa dia cakap ni las station? "Saya pun dgn confident nya menjawab, "Aah, sepatutnya. Nak pergi mana?" Dia pun menjawab, "Seremban, dah cuak bila dia cakap ni last station." Selepas adik tu berlalu, datang pekerja yg pakai baju biru yg kerja utk ktmb tu suruh kitorang semua turun kat situ. Hehe, tak tahu pulak saya yang ada train sampai Bangi je. Heeeh

Then, turun lah saya. Tunggu plak train lain. Sampai je train, masuk train dan?? Hehe, kalah lagi, berdiri la lagi. :( Dapat la duduk setelah lama berdiri. Da dapat duduk, perhatian saya tertumpu kat satu pasangan ibu n anak berbangsa cina ni. Anak nya amat comel! Umur dia, hmmm 2 tahun kot. Dia main mainan. Main, main dan main lagi. Pastu, dia ketuk pulak mainan tu kat cermin, patah la bendera putih kat mainan tu, tinggal yg merah je. Mak dia guna english bila cakap ngan dia. Marah dia and cakap tak nak beli toy lg untuk dia. Mak dia asyik marah je, dia tak bagi respon apa2, diam je. Ramai yg memerhati, tapi suasana tak la tegang, semua faham, mak dia tgh didik dia tapi sy gerun tau, mcm sy lak kena marah. Then sy fikir, if sy ada anak, sy akan didik mcm tu ke?

Saya sampai kat Seremban dlm pukul 6 lebih. Banyak lagi mende jadi lepas sampai kat Seremban ni. Nanti cite lagi :)

Friday, September 16, 2011

Pokok bile dicantas, pucuk2 baru tumbuh :)

Memang betullah bila orang cakap jangan risau bila kita hilang sesuatu, insyaAllah ada hikmahnya dan mungkin kita dapat benda lain. Syukur sangat even dah hilang sesuatu yang amat penting tapi saya rasa bahagia sebab ramai orang kat sekeliling sudi bantu saya yang lemah ni. Dengan itu juga saya dapat kenal mereka2 yg amat baik dan menghargai saya. Terima kasih sangat!


Rasa bersyukur sangat kawan2 saya baik2 belaka. Bertambah sayang kat diorang, insyaAllah. :)





Lari topik jap, betul ke? Hidup ni kalau kita tak menindas, kita akan ditindas?

Friday, March 11, 2011

Jom Bertenang! :D

Heh...tak tahu la apa sebabnya kena bertenang tapi jom jela...Follow me, follow me...


Mula2 saya tertengok video ni..wooo SS501!!

This is the original one..

Apa yang saya nak cerita tentang lagu ni sebenarnya, melodi dia buat saya tenang. Gila best! Heee, walaupun liriknya tiada kena mengena dengan hidup saya walaupun mati saya :)

Dan satu lagi! Yang ni memang confirm tenang..

The most beautiful indeed :)

Link if nak download mp3 version LINK tapi yang ni featuring Hadad Alwi.

Saturday, February 19, 2011

Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Bahasa Melayu

Tahu tak kewujudannya? Saya baru tahu.. Ia diterbitkan oleh Bahagian Penyelidikan Bahasa, Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2008. Tapi kandungan risalah tu ada hakcipta yang terpelihara. So, tak boleh copy and paste mana2 bahagian untuk di ceritakan di sini.

Perasan tak? Kuku dia rosak.Toing!! Maaf!

Kenapa wujudnya risalah ni adalah disebabkan oleh sms yang terpapar di kaca TV. Alaa..benda yang bergerak2 kat bawah skrin TV tu or dekat chat box yang membolehkan penonton menggunakan sms untuk chat. Jadi, ahli bahasa risaulah dengan gejala bahasa SMS ni sebab boleh dibaca oleh semua yang menonton. Ini mempegaruhi perkembangan dan martabat Bahasa Melayu kata mereka. Betul jugak kan.

Harapan mereka dengan adanya risalah ni, orang ramai boleh menggunakannya untuk tujuan urusan rasmi dan sebagai panduan untuk penapisan SMS yang disiarkan di kaca TV. Tapi risalah ni dah lama, so kiranya risalah ni tak digunakan sebagai panduan lah sebab tengok kat TV sekarang, memang guna bahasa SMS je. Tapi agak tak realistik lah sebab memang semua orang guna bahasa SMS pun. Lagipun kebanyakannya remaja lah yang suka SMS yang papar2 kat TV tu. Siapa je yang guna bahasa baku. Sebenarnya, kalau nak laksanakan boleh je, antara nak dengan tak nak jela. No offense. Saya tak terlibat dengan semua SMS yang dipapar di kaca TV tu. J

SAYA SUKA BAHASA MELAYU! Tapi saya tak la guna fully baku dan campur2 juga dengan English word tapi hopefully saya boleh perbaiki nanti.

Kalau nak browse risalah tersebut, cari DI SINI.

Wanna Be a Child

Really miss childhood. Wanna go back to that time but almost tak ingat apa2. Macam tak de memori pun.

Nak jadi selama2 nya macam ni boleh? I love to play like this. Its FUN!!
Main panjat2 pokok! Heeee, tapi bila jatuh, sakit!
Smiling brightly without any worries.
Hahha, tetiba. Jangan buang or dera anak eh.. Kalau tak nak, jangan ada anak.

SS3 Malaysia - Insomnia? Hahahhahah!

18 Feb 2011 - Tidur around 4 am sebab browsing RITS page kat Facebook. Baca updates and comments pasal presale ticket on 19 Feb 2011. Arghhhhhhh! Seriously tak tenang! Mahu pergi!



Rasa terseksa! If ada teman or tetiba ada orang ajak pergi, seriously saya akan pergi! Lagipun my brother promise to give me some money if i wanna go. :D

Dekat Sungei Wang Plaza memang kecoh gila harini...Hurm, maybe nanti akan ada yang akan jual semula tiket sebab cancel last minit kan kan? Hahhahha *masih berharap* Banyak block yang dah sold out nampak nya...

Uploaded by RITS this morning. Ada yang Q from 7 am till 12 noon. :O

Macamana ni? :(

Wednesday, February 16, 2011

Cepatla Berlalu...

Seating Plan
Sedih, cepatla, saya dah tak nak fikir. Tak nak pergi. Membazir gila kalau pergi, lain la kalau duit memang tak habis nak joli. Haiyyyosh....

Saturday, February 12, 2011

Lawak Sangat! Saya Suka

Source : PinkLotus07's Channel on Youtube

This girl suka buat parody. Setakat ni, parody dia memang the best yang pernah saya jumpa. Suka sangat!!! Dia punya isu best and takde pasal gay semua yang mengarut-ngarut tu. Bersih dan memang lawak sangat.

  • Haru Haru jadi Hair-do Hair-do! The best parody from channel tersebut (penilaian saya). Sebabnya lagu sedih ni buat saya ketawa terbahak-bahak and sakit sangat perut. Tak tahan..

  • First parody from that channel yg saya tonton. Gila ah, lagu sedih buat saya ketawa tak berhenti. Note : Saya amat suka FT Island!

  • Super Junior's Sorry Sorry. Hillarious gila! Isu : Bilangan member yang ramai. Its 13!

  • SHINee!!!! Parody ni buat diorang betul-betul cute, innocent and macam baby! LOL! Habis la...


  • Super Junior's Happiness. Isu : Subgroups.


  • The last one. Super Junior's Happy Cooking. Amat lawak jugak. Complain pasal Lee Soo Man! Hahhaha


Semuanya amat lawak. Mula-mula tengok saya gelak sampai amat penat. Enjoy! Bila lagi nak tengok music video yang sedih tapi gelak terbahak-bahak. Boleh lupa problem sekejap! :)

Friday, February 11, 2011

Broken Heart

Macamana rupanya?

Macam ni ke?

Or sepatutnya macam ni?


Rasa benci sebab saya jadi amat cengeng. Dulu memang agak cengeng cuma tak tunjuk. Sekarang AMAT cengeng. Sejak 2011 ni, macam-macam dah jadi yang buat dada jadi berat dan rasa kepala macam nak pecah. Hati saya, kesian sangat kat dia, parahhhhh.... Macamana nak heal hati ni?

1. Guna plaster 2. Jahit 3. Masa

4. Guna stapler?!!! Wo de tian! Gila ke? LOL

Haaa, ada 4 cara menarik kat sini. Nak pilih yang mana?
  1. Guna plaster - Haish, tak realistik betul atau ada yang terselindung di sebalik yang nyata? Saya tak faham....
  2. Jahit - Ni kena pergi jumpa doctor ke? Buat surgery eh? Atau juga ada terselindung di sebalik nya?
  3. Masa - Rasa macam the most effective way tapi problem nya yang satu ni, ia belum selesai dan berlarutan. Risau masa akan buat ia jadi makin teruk dan TAMAT. Oh, saya amat kecewa.
  4. Guna stapler - Ni lagi gila! Wahahhahahahha
Ada lagi satu cara yang selalu dengar orang cakap or baca di mana-mana; busy kan diri dengan kerja yang banyak. Oh, saya tak mampu. Lagi terganggu and tak dapat buat kerja ada lah. Adakah saya perlukan pertolongan? Tuhan ada bersama saya kan? Dia tahu semua kan? Dia sayang saya kan? Alhamdulillah. Doakan saya kuat. Terima kasih :)

Thursday, February 10, 2011

Ilmu Hari Ini : How to...

How to change author name in Microsoft PowerPoint 2007

Steps : 

Click image to enlarge.


  1. Click the round Microsoft Office icon.
  2. Click Prepare in the menu.
  3. Choose Properties.
  4. Fill in your name where it says Author. Done!

Click image to enlarge.


My new knowledge! Hopefully it can helps you guys too. Actually there is one more way to do it but maybe i'll post it later. :)



Wednesday, February 9, 2011

The Ticket Price


Arghhh, it is quite expensive for me! Adakah ini tandanya supaya saya menjauhi hedonisme? Baru first time nak pergi. Sedihnya. Patut tak payah pergi ke? tapi dah janji kat kawan? Macamana ni? Aiyyoshhh, saya berbelah bahagi :|

I'm Crazy.......

over shoes!!!!!!!!!!!!!!!!! I'm totally in love with pumps especially pumps with thick heels and round toe!! Ini semua salah Penelope!

Aishh! Gorgeous giler!!!!!

Tapi yang sedihnya tak pernah pun ada, tak pernah beli sebab tak jumpa yang betul-betul berkenan kat kedai. Lagipun susah nak jumpa. Kalau yang thin heels banyakla jugak. Tension je!
Tadi siang sebenarnya terjumpa website ni Lovelyshoes.net. Namanya lovely shoes tapi ada bag and accessories lain jugak. Company from China. Yang bestnya, harga products dia memang murah untuk kasut-kasut yang memang gorgeous and adorable semua TAPI masalahnya shipping fee dia!!! Mahal sangat,double price daripada price of the goods. Haiyyyo! Baru je nak happy,hurmmmm....So, terpaksa la window shopping je,sedihhhh.Lagi satu,kualiti dia tak tahu la macam mana kan tapi memang design dia menawan sangat dan banyak sangat design nya.
So, inilah antara secoet yang menarik perhatian saya sebab yang menarik perhatian terlalu banyak. Hahhahhaha!


Hurm, cam tak berapa cantik                 

Lovely! Tapi thin heel
Very nice!
Heee, pinky
Smart kah?
I like! Platform pun tebal!
Elegante!
Nampak cam sporty sket! Ade ke? :p
Simple but nice
Oh, so sweet..
Cantik kot.. dah la thick heel!
Ala -ala jepun
Ada banyak lagi yang gorgeous! Yang peep toe pun cantik-cantik. Bila akan jumpa yang betul-betul berkenan and berpatutan? Saya mahu! :D
  

Thursday, January 27, 2011

Apa Ertinya Sayang?

Hurmmmm, sayang, sesuatu yang amat subjektif kan? Apa pula maksud subjektif? Heeeeeee, rasa macam nak tendang je kan?

Bersumberkan Kamus Dewan Edisi Empat subjektif (subjéktif) bermaksud

terbit drpd atau berasaskan pandangan (perasaan dsb) orang atau pihak yg melihat atau menilai (tidak pd ciri-ciri sebenar sesuatu yg dilihat atau dinilai), melihat (menilai dll) drpd pandangan (perasaan sendiri), lwn objektif: buku-buku sejarah yg ada masih penuh dgn unsur-unsur ~ yg kurang penting; kesubjektifan keadaan yg subjektif: kita mengalami pelbagai dilema dan ~ yg ada kalanya tidak mampu mencapai nilai-nilai estetik.

Huh, ape2 tah. So, subjektif tu sebenarnya ialah pendapat atau pandangan setiap orang yang dipengaruhi oleh fikiran atau perasaan individu tersebut. Jadi, sebab itulah pandangan setiap orang terhadap sesuatu berbeza-beza. Lebih kurang macam tu lah maksudnya.

Berpatah balik kepada topik yang sebenar iaitu erti sayang. Erti sayang, macam yang saya cakap tadi, sayang amat subjektif, tak boleh ditafsirkan oleh kata-kata atau sebaris ayat sahaja. Meskipun seseorang ungkapakan kata sayang, bagi saya itu tak cukup. Sayang mestilah ditunjukkan dengan perbuatan atau tindakan yang menunjukkan individu tersebut betul-betul sayangkan kita.

Kenapa saya nak bercerita pasal sayang ni sebenarnya sebab saya fobia bila ada orang cakap yang dia sayangkan saya. Okay, untuk teruskan cerita ni, kepada yang membaca, saya nak anda jangan salah faham. Saya bukan nak berkongsi pasal sayang antara perempuan dan lelaki ataupun juga keluarga dll tapi antara sahabat. Jadi, semua tu, keluarga tak masuk eh.



Kebelakangan hati dan perasaan saya ni terguris dengan amat teruk gara-gara sahabat yang pernah mengatakan yang dia sayangkan saya. Dalam hidup, saya pernah percaya kepada dua orang sahabat sahaja yang cakap sayang kat saya. Sebab saya nampak dan tahu keikhlasannya di situ. Bagi yang tak cakap, memang lah saya tak tahu. Ada yang berkata sayang tapi tak pernah pun saya percaya kerana bagi saya sayang bukan sesuatu yang mudah dan selama saya hidup, saya hanya sayangkan diri sendiri sahaja. Betapa besarnya erti sayang bagi saya. 

Individu pertama yang saya percaya dia sayangkan saya ialah dia mengatakan sayang sedangkan saya memang tak sukakan dia cuma dia tak faham tapi bila saya ada masalah besar, dia yang ada bersama saya ketika itu. Dia yang bagi nasihat dan sokongan, saya amat berterima kasih. Jadi, saya belajar sayangi dia walaupun banyak yang saya tak setuju dengan dia.

Individu kedua, hanya Tuhan saja yang tahu betapa banyak yang dia tolong saya dan tak mugkin dapat saya balas. Masa dia cakap sayang even macam kasar sikit, saya macam nak nangis sebab rasa terharu dan percayakan dia. Tapi tanpa disangka rupanya saya masih tak faham erti sayang dari pandangan dia dan saya tak dapat terima. Dia buat saya rasa amat teruk dan tertekan hingga menjejaskan rutin harian saya. Saya amat kecewa tapi saya tak boleh salahkan dia kerana saya percaya setiap individu berbeza.



Saya dah mula fobia dengan perkataan sayang. So, please jangan cakap sayang kalau tak sayang!!! I'm begging you!

Hurm, macam tak betul je tentang dua orang je yang saya sayang. Sebenarnya ada lagi kawan-kawan yang ambil berat dan membantu masa susah cuma tak pernah ucapkan cakap sayang sampai saya rasa amat percaya dan terharu macam dua kes ni. Sayang pun ditunjukkan melalui perbuatan juga kan. Saya AMAT hargai juga kawan-kawan yang lain cuma buat masa sekarang perkataan sayang yang diucapkan tu saya nak tekankan.

Wednesday, January 26, 2011

Alhamdulillah..Its a Good News

Hooray!!! Heeeeeeeeee, duit dah masuk semalam. Ringan sikit beban :) Tapi bertimbun-timbun masalah lain. :(

Friday, January 21, 2011

Duit Tajaan JPA, Datanglah Padaku


Sebenarnya ini adalah note yang telah saya post di Facebook pagi tadi. Semuanya adalah gara2 duit tajaan JPA tak masuk2 lagi bagi semester kali ini (semester akhir) walaupun dah tiga minggu kami daftar. Ini adalah kali pertama hal macam ni terpaksa kami lalui. So,kelam kabut lah. Selama ni cepat je masuk duitnya.

Hopefully masuklah duitnya next week. Amin

Three Idiots


Siapa je  tak tahu kewujudan movie ni kan? Movie ni ditayangkan pada tahun 2009 tapi saya tonton akhir tahun lepas (hhuhhuh ketinggalan). Movie ni amat famous berikutan penerimaan banyak anugerah. Ramai je kekawan yang suka tengok movie ni sampai tonton lebih 5 kali pun ada. Tapi saya ada satu pendapat yang entah betul entah tidak. Macam ni,ada satu benda/konsep dalam movie ni yang amat saya tak setuju menyebabkan saya  tak boleh fikir pasal persoalan lain yang diketengahkan dalam movie ni.

Benda/konsep tersebut adalah satu ayat yang selalu disebut2 oleh Rancho iaitu nama watak yg dipegang oleh Aamir Khan dan ayat tersebut ialah "all is well". Dia selalu sebut berulang kali bila ada masalah dan percaya dengan hanya berkata demikian akan menyebabkan semuanya akan OK. Apa yang saya fikir, pegangan ni amat tak jelas. Bagi saya, saya tak kisah nak belajar and tahu pasal agama lain asalkan kita tak terpesong. Kita pun memang belajar pasal agama lain kan kat sekolah even kat universiti.

Kita sebagai orang Islam percaya yang semuanya bergantung kepada izin Allah dan agama lain pun ada Tuhan masing2 yang dipercayai oleh penganut2 nya. Jadi dalam movie Three Idiots ni tidak diceritakan apakah pegangan agama Rancho ni. Pada dia,hanya dengan berkata "all is well",semua hasratnya akan tercapai.

Saya teringin sangat nak tonton movie ni lagi sekali sebab ramai sangat yang cakap movie ni best sangat2 tapi tak tahu la bila akan terbuka balik hati saya nak tonton movie ni. Harap2 saya boleh tonton dan fokus kepada persoalan2 lain yang ada dalam movie Three Idiots ni.

Di mulakan dengan....

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Huh,actually banyak mende nak luahkan n kongsi kat cni tp xtau dr mane nak mule n macammane nak mule. So,basically ape yg sy akan ceritakan dan luahkan kat cni termasuklah rase,pendapat yg xdapat diluahkan atau x d beri perhatian oleh org sekeliling. Hopefully terluah lah semuanye dgn berhemah dan tanpe melanggar ape2 batas yg xpatut. InsyaAllah..