Nak dijadikan cerita,ni first time saya tak berada di hanya satu tempat dalam masa yag lama. Luas pemandangan sekejap,heee.
Ceritanya bermula bila saya meninggalkan Kondo Kristal di Seksyen 7, Shah Alam. Terima kasih kat Naz, Salwa, Intan and Ira yg sudi bg saya tumpang bilik dari Ahad sampai Jumaat (nak dekat semiggu tuu).
Hoish, ni blok mane? Nape tak penah nampak itu pool? Bukan skali dua saya berkampung di sini..
Petang Jumaat bermula la perjalanan saya ke Seremban untuk bertemu teman lama yang memang da lama tak jumpa, 2 tahun da kot tak jumpa, lama kan? Tapi sebab kitorang salu contact; texting and calling, so bile jumpa tak rasa cam lama tak jumpa pun, hoho pape jela. Nak ke Seremban tu, saya call taxi untuk bergerak dari kristal ke commuter station kat Padang Jawa (hee,1st time naik kat pdg jawa). Punye la mahal itu tambang walaupun jarak nya sgt dekat, RM 8 nah kauu! tapi da bese naik taxi, da paham da. Terima kasih TAXI!
Sampai je kat station tersebut, terus beli tiket ke Seremban, da siap tanya pak cik Google awal2 harga tiketnya. Pak cik Google cakap RM 7.80. Ok! Lg murah dr tambang taxi td, ish3. Tunggu la ketibaan itu train, tak ingat bape lame. Bila dia sampai, saya pun masuk la koc wanita (ada jugak la laki lam koc tu). Sebab saya lembap n beg yang berat mcm batu, tak sempat la nak rebut tempat duduk, berdiri la kau sampai KL Sentral. Dah la td kat station pun berdiri menunggu.
Setibanya di KL Sentral, sekali lg pengalaman pertama tukar train (1st time lg! tula len kali byk berjln sket. yg adventurous nye byk mende 1st time buat sendiri, adui). Ramai orang! Saya berdiri, penat berdiri saya duduk, tak senang duduk, saya berdiri lg. Train sampai! Cam biasa, kalah lagi, train da cam ikan sardin dalam tin, saya try jugak masuk. Hmm, tak nak la naik train ni, takut pintu die yak leh tutup sbb bag pack sy yg cm bola sbb dlm dia ada bantal busuk, hoho. Saya pun keluar balik. Saya duduk, saya tunggu.
Tungu, tunggu, train pun sampai, tak ramai orang pun saya kalah lagi. Berdiri lagi dan lagi. Lama gak berdiri, tak sedar sampai station mana baru dapat duduk. Setelah saya da berselesa selesaan, pakai earphone, dgr lagu, pejam mata, sengguk2, tetiba di station Bangi, dengar announcement through speaker mengatakan Bangi station terakhir bg train tersebut, terpinga2 sekejap then buat tak tahu bile penumpang lain pun buat tak tahu tapi tak ramai dlm train masa tu.
Tiba2, datang la seorang adik ni bertanya kpd saya, "Akak, train ni ke Seremban kan? Kenapa dia cakap ni las station? "Saya pun dgn confident nya menjawab, "Aah, sepatutnya. Nak pergi mana?" Dia pun menjawab, "Seremban, dah cuak bila dia cakap ni last station." Selepas adik tu berlalu, datang pekerja yg pakai baju biru yg kerja utk ktmb tu suruh kitorang semua turun kat situ. Hehe, tak tahu pulak saya yang ada train sampai Bangi je. Heeeh
Then, turun lah saya. Tunggu plak train lain. Sampai je train, masuk train dan?? Hehe, kalah lagi, berdiri la lagi. :( Dapat la duduk setelah lama berdiri. Da dapat duduk, perhatian saya tertumpu kat satu pasangan ibu n anak berbangsa cina ni. Anak nya amat comel! Umur dia, hmmm 2 tahun kot. Dia main mainan. Main, main dan main lagi. Pastu, dia ketuk pulak mainan tu kat cermin, patah la bendera putih kat mainan tu, tinggal yg merah je. Mak dia guna english bila cakap ngan dia. Marah dia and cakap tak nak beli toy lg untuk dia. Mak dia asyik marah je, dia tak bagi respon apa2, diam je. Ramai yg memerhati, tapi suasana tak la tegang, semua faham, mak dia tgh didik dia tapi sy gerun tau, mcm sy lak kena marah. Then sy fikir, if sy ada anak, sy akan didik mcm tu ke?
Saya sampai kat Seremban dlm pukul 6 lebih. Banyak lagi mende jadi lepas sampai kat Seremban ni. Nanti cite lagi :)